Kumpulan Puisi Terpilih Baha Zain

Kumpulan Puisi Terpilih Baha Zain

Kumpulan Puisi Terpilih Baha Zain Buku ini menghimpunkan puisi pilihan daripada ratusan karya Baha Zain sejak mula menulis pada Menolak kesenangan resah dan khayalan Baha Zain sebaliknya memilih hidup berpaksikan idealisme

  • Title: Kumpulan Puisi Terpilih Baha Zain
  • Author: Baharuddin Zainal
  • ISBN: 9789674302603
  • Page: 145
  • Format: Hardcover
  • Buku ini menghimpunkan 150 puisi pilihan daripada ratusan karya Baha Zain sejak mula menulis pada 1958 Menolak kesenangan, resah dan khayalan, Baha Zain sebaliknya memilih hidup berpaksikan idealisme cinta, revolusi, sepi dan kecuali yang pasti Menyusuri bait puisi di dalam buku ini ibarat mendinginkan api yang sedang marak, menyiram bunga sedang kembang, menyubur kasBuku ini menghimpunkan 150 puisi pilihan daripada ratusan karya Baha Zain sejak mula menulis pada 1958 Menolak kesenangan, resah dan khayalan, Baha Zain sebaliknya memilih hidup berpaksikan idealisme cinta, revolusi, sepi dan kecuali yang pasti Menyusuri bait puisi di dalam buku ini ibarat mendinginkan api yang sedang marak, menyiram bunga sedang kembang, menyubur kasih yang sedang mekar, juga merawat hati yang duka apabila berhadapan retorik yang melukakan Ia umpama segala galanya bercinta dan menceritakan mengimbas kenangan dan menata kejujuran teguran serta sindiran sambil berlagu menyanyikan kata dan hati nurani tersurat mahupun tersirat.Penerbitan ini turut disertakan cakera padat rakaman 14 puisi yang dideklamasikan Baha Zain secara eksklusif di studio dan diiringi muzik yang diilhamkan khusus sekumpulan anak muda berbakat Terbitan edisi terhad ini disediakan untuk 100 pembeli terawal sahaja yang akan menerima buku bernombor siri, tandatangan dan cop mohor penulis.

    • [PDF] Ô Unlimited ☆ Kumpulan Puisi Terpilih Baha Zain : by Baharuddin Zainal ↠
      145 Baharuddin Zainal
    • thumbnail Title: [PDF] Ô Unlimited ☆ Kumpulan Puisi Terpilih Baha Zain : by Baharuddin Zainal ↠
      Posted by:Baharuddin Zainal
      Published :2020-03-10T20:18:33+00:00

    555 Comment

    Membaca sesebuah kumpulan puisi pada pandangan saya adalah menyelak peribadi seseorang penyair itu sendiri. Meskipun ada antara penulis/penyair sering menafikannya. Begitu juga dengan kumpulan puisi ini.Kumpulan puisi terbaik daripada sejumlah kumpulan puisi, puisi ecaran di penerbitan majalah mahupun yang masih tidak diterbikan lagi karya Sasterawan Negara, Dato' Baha Zain ini sebenarnya mengajak kita menyelami isi hati milik penulisnya. Hal yang dikongsi termasuklah politik semasa, hubungan de [...]

    Nilailah Baha Zain pada eseinya dan renungkan firasatnya pada puisinya. Lebih dari itu, alam puisi Baha Zain sendiri mengandung sejumlah eseinya yang bergerak secara patah-patah tetapi meluncur makna dari hati dan akal keintelektualannya.Membaca buku ini ibarat menyusur perjalanan hidupnya yang turut sama terangkum sejarah bahasa dan bangsanya dari zaman moden hingga pascamoden ini. Dari seorang penyair muda yang galak dan marak menjadi sasterawan yang matang dengan pemikiran yang rimbun.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *